Page 97 - Demo
P. 97
Cyberjaya, 5 November 2024 JAWHAR telah melancarkan drama pendek galakan berzakat dengan judul %u201cBersama%u201d semasa Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2024 di Cyberview Resort & Spa The Lodge, Cyberjaya. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato%u2019 Setia Dr. Haji Mohd Na%u2019im bin Haji Mokhtar. Penerbitan drama pendek %u201cBersama%u201d dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan satu manifestasi terhadap keputusan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bilangan 2 Tahun 2023 pada 22 November 2023 yang memutuskan supaya penerbitan Dokumentari Al-Barakah Ikon Asnaf Zakat digantikan dengan sebuah filem pendek galakan berzakat. Pelancaran Drama Pendek Galakan Berzakat%u201cBersama%u201dBAHAGIAN BAITULMAL64|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

