Page 94 - Demo
P. 94
Shah Alam, 28 %u2013 30 Oktober 2024 JAWHAR telah menganjurkan Kursus Faraid dan Pembahagian Harta Pusaka Lanjutan Tahun 2024 di De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor. Objektif utama kursus ini ialah mendedahkan kepada para pegawai MAIN berkaitan latih amal dan praktis ilmu yang sebenar melalui kajian-kajian kes faraid yang pernah diselesaikan oleh pakar faraid yang berpengalaman serta meningkatkan dan menambah baik kemahiran pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam menangani dan menyelesaikan pertikaian yang mungkin timbul dalam pembahagian pusaka yang melibatkan waris si mati.Kursus ini juga telah menghimpunkan seramai 21 orang pegawai daripada Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Majlis Agama Islam dan %u2018Adat Melayu Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.Sesi kursus telah dimulakan dengan sesi refresher berhubung asas, kaedah pengiraan bahagian faraid dan hukum fiqh yang berkaitan oleh perunding pusaka yang berpengalaman, Tuan Haji Wan Abdul Halim bin W. Harun.Sesi kursus berakhir dengan pembentangan para peserta kursus yang mana mereka berjaya menyelesaikan latih tubi pembahagian harta pusaka berkaitan dengan munasakhat, iaitu kes kematian waris berlapis berturut-turut sebanyak 10 lapis kematian. Majlis Perasmian Penutupan kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Md Ramzi bin Ishak.Kursus Faraid dan Pembahagian Harta Pusaka Lanjutan Tahun 2024BAHAGIAN BAITULMALJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2461

