Page 96 - Demo
P. 96


                                    Dalam ucapannya, YB Dato%u2019 Setia Dr. Haji Mohd Na%u2018im menekankan bahawa setiap Majlis Agama Islam Negeri perlu menerapkan kreativiti dan pendekatan inovatif dalam usaha menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan kewajipan zakat sebagai rukun Islam keempat.%u201cZakat bukan sekadar kewajipan ibadah tetapi juga menjadi mekanisme penting dalam membangun ekonomi ummah. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus menyokong dan memperkukuh sistem zakat di negara ini,%u201d ujar beliau dalam ucapan perasmian.Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan JID bertajuk %u201cHarta Berkat, Ummah Hebat%u201d oleh YBrs. Ustaz Zul Ramli M. Razali. Seterusnya majlis diserikan dengan perasmian Bulan Zakat Kebangsaan Tahun 2024, penyampaian sijil penghargaan kepada Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat, penyampaian Anugerah Zakat Kebangsaan Tahun 2024 dan pelancaran drama pendek galakan berzakat bertajuk %u201cBersama%u201d.Penganjuran Bulan Zakat Kebangsaan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan zakat serta menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan kewajipan tersebut bagi memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi ummah di Malaysia.BAHAGIAN BAITULMALJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2463
                                
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100