Page 10 - Demo
P. 10
10LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiSINGKATAN JAWHARPUNCA KUASAKOD ETIKAPerkataan %u2019JAWHAR%u2019 berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud permata yang berharga dan tinggi nilainya. Perkataan JAWHAR itu sendiri melambangkan harapan jabatan untuk menjadi sebuah agensi terunggul dan amat berharga seperti sebutir permata yang amat bernilai.Perkataan %u2019JAWHAR%u2019 juga sesuai dengan aspirasi JAWHAR untuk menghasilkan outcome bermutu tinggi umpama sebutir permata yang amat bernilai, yakni suatu manifestasi keunggulan sebuah jabatan kerajaan bertaraf dunia.Perkataan JAWHAR juga melambangkan akronim kepada nama jabatan. %u201cJA%u201d ialah singkatan bagi perkataan Jabatan, huruf %u201cW%u201d mewakili Wakaf dan huruf %u201cH%u201d mewakili Haji. Zakat dan Mal diwakili oleh %u201cHAR%u201d yang disingkatkan daripada perkataan Harta iaitu asas kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam.Punca kuasa yang membawa kepada penubuhan JAWHAR adalah seperti berikut:Minit mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jun 2004 telah menyatakan dalam Perkara 15. Hal-hal lain (11) Penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Urusan Haji seperti berikut;%u201cJemaah Menteri mengambil maklum akan keterangan bahawa mesyuarat untuk membincangkan penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Urusan Haji yang akan diadakan pada 1 Jun 2004 bersetuju dengan nama Jabatan Wakaf, Zakat dan Urusan Haji yang akan menyelaras, memantau dan menyeragam sistem wakaf, zakat dan urusan haji%u201d.Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No.2) (Pindaan) (No.2) 2009(P.U. (A) 222).Di samping moto dan slogan, pembentukan jati diri warga JAWHAR turut disandarkan kepada penghayatan dan amalan beberapa nilai serta etika kerja yang dirangkumkan membentuk perkataan HIJRAH serta dijadikan falsafah pengurusan JAWHAR. Prinsip HIJRAH ini diterangkan seperti berikut: