Page 4 - Demo
P. 4
Alhamdulillah, bersyukur saya di atas kejayaan penerbitan Laporan Tahunan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) 2023. Tahniah diucapkan kepada warga kerja JAWHAR yang telah berjaya melaksanakan program dan aktiviti sepanjang 2023, bagi memenuhi kehendak agama, pemegang taruh dan masyarakat dalam melaksanakan amanah memperkasa sosioekonomi Islam.Pelancaran Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI atau dikenali sebagai Pelan Transformasi Al-Falah pada awal 2023 memperlihatkan peranan JAWHAR terus diperkasa melalui peranan sebagai penyelaras Teras 2: Kesejahteraan Insan bagi menjayakan agenda pembaharuan dan pembangunan ummah sejajar aspirasi %u201cMembangun Malaysia Madani%u201d oleh YAB Perdana Menteri Dato%u2019 Seri Anwar Ibrahim melalui program teras wakaf, zakat, haji dan umrah.Sepanjang 2023, JAWHAR telah turut berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi impak kepada pengurusan bidang teras seperti menyelaras lawatan kerja Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Fawzan Muhammed Al Rabiah, Menteri Haji dan Umrah serta delegasi Arab Saudi kepada YB. Senator Dato%u2019 Setia Dr. Mohd. Na%u2019im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Roadshow Kesedaran Berwakaf, Konvoi Kembara Zakat serta pemantauan operasi pengurusan haji di tanah suci Mekah dan Madinah.Sehubungan itu, penerbitan Laporan Tahunan JAWHAR 2023 ini akan disebarkan kepada pemegang taruh sebagai usaha untuk meningkatkan integriti pengurusan dan pencapaian jabatan serta mempromosikan jabatan.Akhir kata, besarlah harapan saya agar JAWHAR akan terus memacu kecemerlangan pada masa hadapan.ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUHYBHG. DATO%u2019 SELAMAT BIN PAIGOKetua PengarahJabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)4LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiPERUTUSANSekapur Sirih