Page 9 - Demo
P. 9


                                    9LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiPIAGAM PELANGGANMOTOSLOGANMoto JAWHAR menunjukkan harapan dan semangat JAWHAR dalam meningkatkan pembangunan dan kemajuan sosioekonomi ummah. Bidang-bidang teras JAWHAR akan dibangunkan ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembinaan tamadun ummah yang cemerlang secara keseluruhannya di negara ini.Sehubungan itu, warga JAWHAR akan sentiasa komited untuk melaksanakan program dan agenda ke arah pembangunan tamadun ummah ini.JAWHAR beriltizam untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai jabatan kerajaan yang terunggul dalam memacu kemajuan ummah melalui pengukuhan institusi wakaf, zakat, mal dan haji dengan:Slogan JAWHAR pula membawa pengertian yang sangat mendalam. Slogan ini merupakan seruan kepada setiap warga JAWHAR agar sentiasa bekerjasama dalam setiap perancangan dan perkara yang dijalankan oleh jabatan agar hasil diperolehi adalah yang terbaik dan merupakan hasil usaha sama jitu daripada setiap warga.Hasil daya usaha yang berterusan ini mampu memberikan pencapaian yang terbaik dan seterusnya menyumbang kepada matlamat JAWHAR ke arah pembinaan tamadun ummah. Dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab tersebut, setiap warga JAWHAR digesa untuk melaksanakannya dengan kaedah yang terbaik. Ia juga menunjukkan komitmen JAWHAR yang sangat mementingkan kualiti dalam setiap tindakan yang bakal diambil.%u201cBERSAMA MEMBINA TAMADUN UMMAH%u201d%u201cBERSAMA MEMANTAPKAN JAWHAR%u201d
                                
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13