Page 7 - Demo
P. 7


                                    7LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiSEJARAHPenubuhan JAWHARJabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah diisytiharkan penubuhannya pada 27 Mac 2004 bersamaan 6 Safar 1425H oleh mantan Perdana Menteri YABhg. Tun Abdullah bin Ahmad Badawisemasa mengumumkan Kabinet Kerajaan Malaysia.Penubuhan jabatan ini merupakan titik permulaan dalam usaha Kerajaan Persekutuan membantu memajukan harta umat Islam sebagai sumber kekayaan dan kekuatan ummah pada masa hadapan.Iltizam mantan Perdana Menteri seterusnya dizahirkan lagi dalam ucapan beliau semasa pelancaran Rancangan Malaysia Ke-9 pada 31 Mac 2006 di Dewan Rakyat:%u201cDi samping itu, kita akan membangunkan sumber modal Bumiputera, seperti tanah dan harta wakaf di bawah tanggungjawab pihak berkuasa agama Islam negeri. Pihak berkuasa agama Islam negeri perlulah mengambil tanggungjawab fardu kifayah, berperanan aktif membangunkan ekonomi umat Islam dan membantu usaha pembangunan insan%u201d.Pelancaran rasmi JAWHAR telah disempurnakan oleh YB Dato%u2019 Seri Dr Abdullah bin Md Zin, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri yang bertanggungjawab ke atas Hal-Ehwal Islam) pada 8 Oktober 2004 bersamaan 23 Syaaban 1425H, bertempat di Dewan 2, Aras Concourse, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.Di dalam ucapan perasmiannya, mantan YB Menteri menegaskan hasrat Kerajaan seperti berikut :%u201cPenubuhan Jabatan Wakaf, Zakat & Haji ini bertujuan untuk memastikan bahawa pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji di seluruh negara lebih tersusun, sistematik dan berkesan. Ia juga bermaksud untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang%u201d.
                                
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11