Page 109 - Demo
P. 109
109LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiBENGKEL TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN DAN WALK THROUGH SISTEM ePEROLEHAN PUTRAJAYA, 28 %u2013 29 Ogos 2023 %u2013 Unit Pentadbiran, BKP telah menganjurkan Bengkel Tatacara Pengurusan Perolehan dan Walk Through Sistem ePerolehan bertempat di Hotel Everly, Putrajaya dengan kehadiran pegawai-pegawai JAWHAR yang terlibat dengan urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding yang dilaksanakan melalui Sistem ePerolehan secara menyeluruh.Penceramah-penceramah jemputan daripada Bahagian Perolehan, Jabatan Perdana Menteri telah memberikan penerangan yang jelas mengenai maklumat terkini Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang berkuatkuasa. Pada masa yang sama, peserta dapat mengaplikasikan kaedah penggunaan sistem ePerolehan secara sistematik semasa sesi latihan dijalankan melalui panduan yang disampaikan oleh penceramah daripada pengendali sistem perolehan yang telah dilantik oleh Kerajaan iaitu Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC).