Page 107 - Demo
P. 107


                                    107LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiBENGKEL PEMBANGUNAN KLASIFIKASI FAIL DAN PERANAN PEGAWAI PENGELASPUTRAJAYA, 15 %u2013 17 Ogos 2023 %u2013 Selaras dengan perancangan JAWHAR ke arah pelaksanaan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS) 2.0, Unit Pentadbiran, BKP telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail dan Peranan Pegawai Pengelas bertempat di Bilik Seminar, JAWHAR.Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini disertai oleh 35 orang kakitangan JAWHAR yang terlibat secara langsung dengan pengendalian dan pengurusan fail serta rekod di bahagian masing-masing. Antara pengisian bengkel adalah sesi Pengurusan Rahsia Rasmi menurut Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] oleh pegawai daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan latihan dalam kumpulan bagi membangunkan Klasifikasi Fail Am dan Fungsian JAWHAR bersama pegawai daripada Arkib Negara Malaysia.
                                
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111