Page 110 - Demo
P. 110
110LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiPROGRAM PSIKOLOGI KOMUNIKASI KECEMERLANGAN ORGANISASI, JAWHARPUTRAJAYA, 4 Oktober 2023 - Unit Sumber Manusia dan Latihan, BKP JAWHAR telah menganjurkan Program Psikologi Komunikasi Kecemerlangan Organisasi, JAWHAR bertempat di Bilik Makan Darussalam, Aras 9, JAWHAR dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Encik Md Ramzi bin Ishak. Program ini telah dihadiri oleh 47 orang pegawai dan kakitangan JAWHAR dan dikendalikan oleh Encik Aris bin Abdul Rahman, perunding bebas. Penganjuran utama program ini adalah bertujuan bagi pengurusan konflik dan teknik kognitif tingkah laku dalam mengurus dan mengawal emosi, membina komunikasi verbal dan non-verbal yang berkesan di peringkat individu dan kumpulan, mengaplikasikan teknik dan kaedah pengurusan kendiri yang digunakan dalam amalan seharian, mengenalpasti komunikasi yang berkesan dalam hubungan interpersonal dan organisasi, mengenalpasti tahap tekanan dan kesihatan mental berdasarkan penilaian ujian psikologi, mengeratkan lagi silaturahim sesama pegawai dan kakitangan untuk mewujudkan suasana yang positif dan harmoni dalam kalangan pegawai dan kakitangan.