Page 148 - Demo
P. 148


                                    148LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiPembangunan Portal Jurnal ini dilaksanakan bagi membolehkan pengurusan proses penerbitan jurnal dapat dilakukan secara dalam talian (online). Ia juga sebagai persediaan awal dalam usaha untuk mematuhi syarat-syarat pengindeksan bagi Jurnal terbitan JAWHAR daripada Pusat Sitasi Malaysia (Malaysian Journal Management System - MyJurnal dan Malaysian Citation Index - MyCite). Antara faedah dan manfaat dari pembangunan portal ini adalah seperti berikut :-i.Menyediakan pengurusan penerbitan jurnal yang sistematik. Memastikan keluaran terbitan jurnal konsisten dan memenuhi kriteria penilaian oleh MyJurnal dan MyCite. Semua proses yang melibatkan pengesahan penerimaan, penilaian dan keputusan akhir artikel dimaklum kepada penulis secara elektronik;ii.Ketua Editor dan sidang editorial bertanggungjawab dapat memastikan setiap artikel yang diterbitkan mematuhi semua kod etika dan peraturan seperti yang diterima pakai oleh komuniti penyelidik antarabangsa;iii.Membangunkan dan mengemaskini maklumat dalam portal jurnal dengan memaparkan terbitan awal hingga semasa termasuk maklumat terkini penulis dalam web secara konsisten; daniv.Membolehkan JAWHAR untuk merancang bagi meningkatkan pemetikan (citation) jurnal JAWHAR.
                                
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152