Page 147 - Demo
P. 147
147LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiPEMERKASAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SECARA DIGITAL YANG INKLUSIF DAN BERPACUKAN DATAPembangunan Portal Jurnal JAWHARPortal Journal of Awqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) merupakan jurnal akademik yang bertujuan untuk menerbitkan artikel akademik mengenai pentadbiran wakaf, zakat, haji, dan umrah serta Pentadbiran Awam Malaysia yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada topik-topik seperti pembangunan dasar, dasar strategik, pengurusan sumber manusia, pelaksanaan dasar, pemantauan dan penilaian. Jurnal Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) akan menyediakan akses pada kertas kerja berkualiti tinggi dan platform untuk ahli akademik, penyelidik, pengamal, agensi kerajaan, organisasi, dan orang awam. Semua artikel akan melalui proses penilaian rakan sejawat untuk memastikan kualiti artikel.