Page 112 - Demo
P. 112


                                     Kuala Terengganu, 30 %u2013 31 Mei 2024 JAWHAR dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah berjaya menganjurkan JID Bil. 2/2024: Advokasi Kesedaran Pengurusan Haji dan Umrah di Dewan Al-Fateh, Aras 4, Menara Yayasan Islam Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu.Program ini bertujuan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai aktiviti penipuan pakej haji dan umrah dalam kalangan masyarakat. Program ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan YIT dan guru-guru KAFA di sekitar daerah Kuala Terengganu.Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Islam Terengganu, YBrs. Tuan Haji Zahanafi bin Sagaf. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa:Seterusnya, JAWHAR dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu juga telah menyusun satu Tazkirah Subuh Khas di Masjid Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu yang bertajuk, %u201cAdvokasi dan Kesedaran Berkaitan Penipuan Haji dan Umrah%u201d kepada ahli qaryah yang hadir.JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 2/2024:Advokasi Kesedaran Pengurusan Haji dan Umrah%u201cTugas guru KAFA bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengajar para pelajar di sekolah tetapi juga perlu sentiasa cakna dan prihatin terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat terutama isu penipuan pakej haji dan umrah. Semoga dengan pendedahan dan pencerahan yang disampaikan dalam program ini dapat memberikan input dan maklumat yang tepat untuk disampaikan kepada masyarakat.%u201dBAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSAJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2479
                                
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116