Page 109 - Demo
P. 109


                                    JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 1/2024: Advokasi dan Kesedaran Penipuan Haji dan Umrah Seremban, 29 April 2024 JAWHAR dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah berjaya menganjurkan JAWHAR Intellectual Discourse Bil. 1/2024: Advokasi dan Kesedaran Penipuan Haji dan Umrah di Grand Ballroom, Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.Program ini bertujuan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai aktiviti penipuan pakej haji dan umrah dalam kalangan masyarakat. Program ini telah disampaikan oleh empat orang penceramah yang berwibawa, iaitu Penolong Pengarah BPKA JAWHAR, Encik Khairul Anuar bin Khalid, Pegawai Penyiasat Jenayah Pelaburan Bersindiket dan Lain-lain Jenayah JSJK, PDRM Bukit Aman, YDH. ASP Mohd Saadon bin Sabirin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah dan Pemasaran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Profesor Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA Shah Alam Selangor, YBhg. Ustaz Bukhari bin Safian dan YBrs. Prof. Dr. Nuraisyah Chua binti Abdullah.BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSA76|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
                                
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113