Page 76 - Demo
P. 76


                                     Port Dickson, 7 %u2013 9 Mei 2024 JAWHAR telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Manual Pengurusan Pusaka Bilangan 2 Tahun 2024 di Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan. Objektif utama bengkel ini adalah untuk mewujudkan satu manual pengurusan pusaka yang efisien, cekap dan pantas untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), selain mendapatkan pandangan pakar yang terdiri daripada ahli akademik, pengamal undang-undang dan perunding harta pusaka berhubung pengurusan pusaka.Sesi perbincangan kumpulan diketuai oleh barisan pegawai yang pakar dan berpengalaman dalam bidang pusaka antaranya Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka JKPTG, Tuan Haji Baharuddin bin Aziz, Pengarah Baitulmal MAIS, Encik Indera Shahril bin Mohd Shahid, pensyarah UKM, YBhg. Datin Dr. Noor Lizza binti Mohd Said dan YBrs. Dr. Md. Yazid bin Ahmad, perunding pusaka, Tuan Haji Wan Abdul Halim bin W. Harun dan peguam syarie, Tuan Ahmad Termizi bin Abdullah. Bengkel ini juga telah melibatkan seramai 30 orang pegawai terdiri daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Majlis Agama Islam dan %u2018Adat Melayu Perak (MAIPk).Majlis Perasmian Penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo yang menyampaikan amanat agar pihak MAIN mengambil peluang dan ruang dalam memartabatkan MAIN sebagai pentadbir utama harta umat lslam di Malaysia. Selain itu, bengkel ini turut memberi ruang kepada pihak MAIN untuk membuat persediaan sebelum meminda enakmen/ordinan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing sejajar dengan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) Pindaan 2022 yang telah diluluskan yang mana ia memperuntukkan kuasa kepada MAIN untuk bertindak sebagai pempetisyen, pemegang amanah dan pentadbir harta pusaka orang Islam di bawah nilaian RM5 juta.Bengkel Penyediaan Manual Pengurusan Pusaka Bilangan 2 Tahun 2024MANUAL PENGURUSAN PUSAKA TAHUN 2024BAHAGIAN BAITULMALJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2443
                                
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80