Page 78 - Demo
P. 78
Taiping, 30 September %u2013 2 Oktober 2024 Bengkel Pemurnian Manual Pengurusan Pusaka Tahun 2024 telah diadakan di The Regency Hotel Seri Warisan, Taiping Perak. Objektif utama bengkel ini ialah menambah baik isi kandungan draf awal Manual Pengurusan Pusaka yang telah disediakan selain mendapatkan pandangan pakar yang terdiri daripada ahli akademik, pengamal undang-undang dan perunding harta pusaka berhubung pengurusan pusaka. Bengkel anjuran Bahagian Baitulmal JAWHAR ini juga telah menghimpunkan seramai 13 orang pegawai daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan, Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta Majlis Agama Islam Johor.Sesi perbincangan kumpulan diketuai oleh barisan pegawai pakar dan berpengalaman dalam bidang harta pusaka antaranya Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Tuan Haji Baharuddin bin Aziz, Pengarah Baitulmal MAIS, YBrs. Encik Indera Shahril bin Mohd Shahid, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, YBrs. Dr. Md. Yazid bin Ahmad, perunding pusaka, Tuan Haji Wan Abdul Halim bin W. Harun dan peguam syarie, Tuan Ahmad Termizi bin Abdullah. Majlis Perasmian Penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Md Ramzi bin Ishak.Bengkel Pemurnian Manual Pengurusan Pusaka Tahun 2024BAHAGIAN BAITULMALJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2445

