Page 79 - Demo
P. 79


                                     Kuantan, 23 Mei 2024 JAWHAR dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP) telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bilangan 1 Tahun 2024 di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo ini bertujuan bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit yang berkaitan hal ehwal zakat serta menyelaraskan program-program zakat. Sebelum perbincangan utama berlangsung, semua ahli mesyuarat telah mengikuti empat pembentangan bertajuk seperti yang berikut:1.Piawaian Perakaunan Islam Bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, Puan Naharriah binti Mohamed; 2.Pengintegrasian Sistem eKasih dengan Sistem Zakat oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Puan Norazawati binti Ariff;Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat Bilangan 1 Tahun 2024BAHAGIAN BAITULMAL46|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
                                
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83