Page 80 - Demo
P. 80
3.Perkongsian pengalaman MUIP dalam pengurusan zakat di negeri Pahang yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Strategi, Teknologi Maklumat, dan Komunikasi Korporat, Encik Mohd Rozaini bin Jumali; dan4.Laporan Mesyuarat Majlis Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (MPZN) dan Polisi Perkongsian Data MAIN/AMZ Kepada Pihak Ketiga yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (MAIDAM) merangkap Pengerusi Majlis Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (MPZN).%u201c... Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIN/AMZ atas kerjasama terbaik yang diberikan kepada JAWHAR dalam menyokong dan menjayakan program-program yang telah dirancang pihak JAWHAR,%u201d ucapan YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.%u201c... MUIP melihat dengan adanya mesyuarat ini, MAIN dan AMZ dapat menyelaras program-program zakat di seluruh negara di samping dapat mencambah buah fikiran dan idea-idea dalam menambah baik pengurusan zakat sekali gus dapat memberikan manfaat berterusan kepada ummah,%u201d petikan ucapan penganjur bersama yang disampaikan oleh YH. Dato%u2019 Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP.Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan perbincangan secara komprehensif dan holistik oleh semua pihak yang terlibat sehingga ia ditangguhkan. Program diteruskan pada 24 Mei 2024 dengan Lawatan Kerja ke Akademi YASA-MUIP dan UniPSAS yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Md Ramzi bin Ishak serta turut disertai oleh wakil-wakil daripada MAIN dan AMZ. Melalui lawatan kerja ini, para pegawai yang terlibat saling bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman khususnya berkaitan amalan tadbir urus terbaik dalam pengurusan institusi akademik.BAHAGIAN BAITULMALJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2447

