Page 113 - Demo
P. 113
Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 JAWHAR dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman telah menganjurkan JID: Advokasi Pengurusan Haji dan Umrah Bil. 3/2024 di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.Objektif JID ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai aktiviti penipuan berkaitan haji dan umrah di samping menyampaikan maklumat yang tepat secara menyeluruh kepada masyarakat.Program yang telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Agama), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Yang Dihormati Assistant Commissioner Polis Tuan Mohd. Aluwi bin Husain ini telah dihadiri oleh 150 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Sepanjang program berlangsung, tiga orang penceramah telah menyampaikan ceramah, iaitu Penolong Pengarah BPKA JAWHAR, Ustaz Khairul Anuar bin Khalid, Ketua Penolong Pengarah, daripada Jabatan Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket (JSJK) Bukit Aman, YDH SAC Mohd. Mahidisham bin Ishak, dan Timbalan Pengerusi daripada TTPM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Putrajaya, YBrs. Tuan Mohd. Hafisol bin Yusoff.JAWHAR Intellectual Discourse (JID): Advokasi Kesedaran Pengurusan Haji dan Umrah Bil. 3/2024 BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSA80|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

