Page 115 - Demo
P. 115


                                     Putrajaya, 14 Ogos 2024 JAWHAR dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan JID Bil. Ke-4/2024 dan Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri Ke-2/2024 bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya. Program ini merupakan wadah penyampaian informasi kepada pemohon Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah diluluskan dalam temu duga sebelum dianugerahkan pentauliahan kad dan sijil.Slot pertama program ini menampilkan Sahibul Fadilah Ustaz Eizzul A%u2018la bin Bajuri @ Mohamad yang telah menyampaikan mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh para pemegang tauliah. Selain itu, tajuk-tajuk terpilih seperti %u201cAdvokasi Pengurusan Umrah dan Badal Haji%u201d telah dibentangkan oleh Penolong Pengarah BPKA JAWHAR, Encik Khairul Anuar bin Khalid sebagai pendedahan tambahan kepada para pemegang tauliah pada kali ini. Seterusnya para pemegang tauliah juga didedahkan dengan slot membendung %u201cAktiviti Penipuan Berkaitan Umrah dan Haji%u201d oleh Pegawai Penyiasat Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-lain Jenayah JSJK Bukit Aman, ASP Md. Sa%u2019adon bin Sabirin.Manakala slot terakhir, pemegang tauliah juga didedahkan dengan slot membendung %u201cSebaran Ajaran Sesat yang Mengancam Keselamatan Negara%u201d oleh Supt. Bakari bin Bakar daripada PDRM Bukit Aman. Hal ini supaya selain daripada mengajar ilmu-ilmu Islam, para pemegang tauliah juga dapat bertindak sebagai barisan hadapan bagi mencegah penyebaran ajaran sesat.Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Md. Ramzi bin Ishak dalam ucapan alu-aluannya berharap agar pendedahan berkenaan sindiket penipuan haji dan umrah dapat memberi panduan dan rujukan kepada masyarakat sebelum memilih syarikat umrah dan haji serta wakil pelaksanaan badal haji. Seterusnya ucapan perasmian penutup oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan yang menyentuh mengenai ketegasan, kepentingan dan peranan tauliah dalam penyebaran ilmu agama Islam, iaitu dengan mengelakkan fahaman yang radikal dan ekstrem selain menyeru umat Islam kepada kefahaman yang benar dengan acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri Ke-3/2024 dan JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil.4/2024BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSA82|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
                                
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119