Page 114 - Demo
P. 114
Putrajaya, 24 Julai 2024 JAWHAR telah mengadakan Bengkel Pembangunan Manual Pengurusan Mutawif Umrah di Kompleks Islam Putrajaya. Objektif bengkel ini bertujuan untuk membangunkan satu panduan pengurusan perkhidmatan mutawif bagi agensi pengendali umrah, penyedia kursus dan individu perseorangan dalam menyediakan perkhidmatan mutawif yang berwibawa dan berpengetahuan.Bengkel ini telah disertai oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung berkaitan umrah. Terutamanya daripada ahli-ahli Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang terdiri daripada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Lembaga Tabung Haji (TH), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan JAWHAR sendiri. Manakala dari aspek latihan dan kemahiran, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur juga turut terlibat dalam pembangunan manual ini.Bengkel ini dimulakan dengan sesi perkongsian slot pertama dengan tajuk, %u201cKajian Amalan Mutawif%u201d oleh Ketua Pembangunan Akademik Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Islam Selangor (UIS), YBrs. Dr. Noor Raudhiah binti Abu Bakar bersama mantan pelajarnya Encik Mohd Sabri bin Jamaludin yang telah menyediakan hasil kajian data dan statistik bahawa kompetensi mutawif memainkan peranan penting kepada kejayaan sebuah agensi pengendali umrah. Bengkel pada kali ini telah berjaya membina kerangka dan perkara-perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak dalam melahirkan mutawif yang kompeten.Bengkel Pembangunan Manual Pengurusan Mutawif Umrah Bil.1/2024BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSAJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2481

