Page 117 - Demo
P. 117


                                     Putrajaya, 26 %u2013 29 Ogos 2024 Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, TYT Dr. Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah bersama delegasi telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula 26 hingga 29 Ogos 2024. Lawatan ini merupakan kali kedua Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi ke Malaysia dalam tempoh dua tahun yang mana lawatan pertama beliau pada Februari 2023. Agenda utama lawatan ini adalah untuk memperkukuh lagi hubungan dua hala antara Kerajaan Arab Saudi dan Malaysia bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor berkepentingan bersama terutamanya dalam bidang haji dan umrah. Beberapa perkara penting telah dibangkitkan semasa lawatan tersebut termasuklah permohonan menambah kuota jemaah haji Malaysia bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia.Sepanjang lawatan tersebut, TYT Dr. Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah telah mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, YAB Dato%u2019 Seri Anwar Ibrahim, Menteri Luar Negeri, YB Dato%u2019 Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Loke Siew Fook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato%u2019 Setia Dr. Haji Mohd. Na%u2018im bin Haji Mokhtar dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YB Khairul Firdaus bin Akbar Khan. TYT Dr. Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah turut meluangkan masa melancarkan program Nusuk Umrah dan seterusnya mengadakan sidang media bersama YB Senator Dato%u2019 Setia Dr. Haji Mohd. Na%u2018im bin Haji Mokhtar di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.Lawatan Rasmi Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi ke Malaysia BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSA84|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
                                
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121